4 Negara Yang Udaranya Paling Bersih Di Dunia Yang Anda Perlu Tahu

Sekiranya anda ingin melancong ke luar negara, anda perlulah tahu ke mana destinasi yang sepatutnya anda tujui. Jangan main ikut suka dan mendengar khabar angin untuk ke luar negara.

Di sini, kami kongsikan antara empat negara yang udaranya paling bersih di dunia. Jadi, kami rasa empat destinasi ini wajib anda teroka sekiranya melancong ke luar negara!

1. Australia

Australia adalah antara salah satu negara yang mempunyai udara paling bersih di dunia.

Sekiranya ke Australia, Bandar Hobart di Tasmania pula paling bersih dan ia lokasi sesuai untuk diterokai jika ke Australia memandangkan ia terletak di pelabuhan serta dikelilingi bukit yang cukup indah.

Bukan itu saja, malah ia mempunyai pantai yang indah selain lokasi paling ideal untuk merasai makanan laut segar.

2. Kanada

Kanada memang dikenali dengan aktiviti luar kerana kualiti udaranya yang bersih dan dapat memberikan anda ketenangan selain berasa lebih sihat walaupun seharian berada di luar.

Jika anda ke Vancouver, Kanada pada musim sejuk terdapat beberapa lokasi menarik yang tidak jauh daripada bandar untuk bermain ski atau salji.

3. Amerika Syarikat

Jika anda teringin untuk ke Amerika Syarikat, Portland di Oregon adalah destinasi yang perlu dikunjungi kerana ia mempunyai kualiti udara segar malah ia dipenuhi hutan merah yang cukup indah.

4. Jepun

Terlalu banyak destinasi menarik di Jepun, antaranya Kyoto kerana anda boleh menyusuri bandarnya yang penuh dengan kehijauan, selain istana lama dan rumah kayu.

Maaf, South Korea tak termasuk dalam senarai. Heh!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*