5 Lukisan Yang Disumpah & Berhantu Di Dunia Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Siapa sangka pada mulanya lukisan yang menggambarkan sesuatu yang tidak ternilai bagi pelukis akhirnya menjadi sesuatu yang tidak disangka.

Di sini kami kongsikan kepada anda mengenai lima lukisan yang berhantu di dunia dan kami tahu yang ramai tidak mengetahui rahsia ini.

1. Lukisan Hand Resist Him

Lukisan yang dilukis oleh Bill Stoneham pada tahun 1972 memaparkan kanak-kanak lelaki di dalam lukisan itu diilhamkan sebagai dirinya sendiri dan kanak-kanak perempuan di sisinya itu adalah pembimbing yang membawanya ke alam ghaib.

Banyak tangan yang kelihatan di pintu cermin itu seperti bayangan yang menanti kedatangannya.

Lukisan itu didakwa berhantu kerana pemiliknya pernah melihat penampakan misteri di rumah mereka dan mendengar kanak-kanak dalam lukisan itu bersembang.

Namun, pemilik galeri yang menjual lukisan itu telah pun meninggal dunia selepas setahun lukisan berkenaan dipamerkan.

2. Lukisan The Anguish Man

Lukisan The Anguish Man ini telah diwariskan kepada Sean sebaik sahaja neneknya meninggal dunia.  Dari awal lagi, neneknya pernah menceritakan padanya yang lukisan itu berhantu, namun Sean tidak percaya, sehingga dia sendiri yang mengalaminya apabila menggantung lukisan tersebut di ruang tamu.

Semenjak dia menggantung gambar tersebut, dia sering mendengar suara tangisan dan jeritan dalam rumah dan sebab itu Sean menyimpan kembali lukisan itu di dalam loteng dan tidak berniat hendak menjualnya.

3. Lukisan Oey Hui Lan

Lukisan Oey Hui Lan didakwa seram dan nampak hidup. Bayangan rambut panjang mengurai di cermin menambahkan rasa seram. Lukisan seram ini sekarang digantung di Hotel Tugu di Malang.

Menurut legenda, Oey Hui Lan merupakan seorang gadis cantik berketurunan Cina-Indonesia yang lahir di Semerang pada 21 Oktober 1889 dan meninggal di Amerika Syarikat pada 1992 di usia 93 tahun.

Ayahnya Oei Tiong Ham merupakan pengusaha gula yang terkaya di Indonesia dan termasuk seluruh Asia Tenggara juga.

Hui Lan kemudiannya berkahwin dengan Wellington Koo dan menjalani kehidupan sederhana tetapi telah terbiasa dengan kehidupan berfoya-foya kerana harta ayahnya yang kaya-raya.

4. Lukisan The Crying Boy

Lukisan The Crying Boy itu diinspirasikan daripada seorang kanak-kanak yatim piatu yang kehilangan ahli keluarganya akibat kebakaran.

Beberapa keluarga yang memiliki lukisan itu pernah mengalami kebakaran di rumah mereka dan ada info yang mengatakan bahawa sesiapa yang melihat lukisan itu akan memperoleh nasib malang selepas itu.

Oleh sebab kebakaran sering berlaku akibat daripada gambar sumpahan itu, pihak kerajaan memberitahu semua penduduk untuk memusnahkan lukisan tersebut secepat mungkin.

Lukisan yang dihasilkan oleh Bruno Amadio ini memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang sedang menangis dan kelihatan sangat menyedihkan.

Lukisan itu juga satu-satunya barang yang terselamat dari sebuah kebakaran aneh dan ramai yang mengatakan gambar tersebut telahpun disumpah memandangkan gambar tersebut tidak sedikit pun rosak dimamah api dalam kebakaran itu.

5. Lukisan Nyai Roro Kidul

Lukisan yang dihasilkan oleh Basoeki Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Bas pada tahun 1955 ini.

Ianya dihasilkan selepas bertemu dengan Nyi Roro Kidul dan mengilhamkannya sebagai lukisan.

Menurut sejarah, Nyi Roro Kidul merupakan puteri Kerajaan Sunda yang dihalau ayahnya kerana hasutan ibu tirinya. Dia juga merupakan penguasa alam ghaib di kawasan laut selatan Jawa Barat.

Lukisan ini didakwa berhantu apabila merasakan kehadiran sesuatu apabila ditenung dalam tempoh yang lama.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*