Semua orang tahu gula adalah sesuatu yang perlu untuk menyedapkan sesuatu makanan apatah lagi dalam minuman seharian kita.
Tetapi, adakah anda tahu, gula juga penyumbang terbesar untuk anda memotong kaki sekiranya anda menghidap penyakit kencing manis.
Maka, lebih baik bertindak dari sekarang untuk kurangkan pengambilan gula ataupun berhenti terus untuk mengambil gula.
Bagi anda yang benar-benar ingin berhenti mengambil gula, ini adalah lima perkara wajib yang perlu anda tahu dan harus anda lakukan ya!
1. Bersihkan Stok Manisan
Bersihkan peti sejuk dan kabinet dapur daripada sebarang manisan dan hanya tumpukan kepada persediaan makanan anda sahaja.
2. Hidu Vanila
Menghidu vanila boleh membantu mengurangkan keinginan terhadap gula ataupun manisan.
3. Elak Kejutan Gula Dalam Darah
Untuk yang mempunyai masalah paras gula dalam darah, anda mesti mencari jalan mudah untuk mendapatkan tenaga dengan pantas iaitu makan gula ataupun apa-apa sahaja yang berkaitan dengan benda manis.
Elakkan perkara ini dengan memasukkan bijirin tinggi fiber seperti roti dan pasta bijirin, quinoa dan oat dalam diet anda kerana ia melepaskan tenaga secara perlahan-lahan.
4. Jauhi Minuman Diet
Ini adalah mengarut! Jangan terpedaya dengan minuman diet sebagai satu pilihan yang sihat kerana kajian mendapati minuman diet sebenarnya meningkatkkan keinginan terhadap gula.
5. Makan Sebelum Lapar
Biasakan diri untuk makan selang tiga jam sehari kerana anda lebih cenderung untuk tidak mengambil gula dan semangat tidak akan luntur disebabkan oleh rasa lapar dan ini juga salah satu kaedah yang terbaik untuk mereka yang dalam sesi diet kurangkan berat badan.
Incoming search terms:
- https://www hoimedia net/5-perkara-wajib-berhenti-pengambilan-gula/
Leave a Reply