Elak Sesak Nafas Dalam Rumah, Tanam 5 Tumbuhan Hijau Ini Untuk Udara Segar

Adakah anda selalu rimas dan sesak nafas semasa di dalam rumah anda sendiri? Jika ya, anda dinasihatkan untuk menanam salah satu atau kesemua tumbuhan hijau yang kami sarankan di bawah.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA), lima jenis tumbuhan dalam bangunan yang mudah dijaga dan sukar untuk ‘mati’.

1. Pokok Bunga Kekwa

Pokok bunga kekwa merupakan juara tumbuhan yang boleh membersihkan udara kerana mampu menyingkir ammonia, benzena, formaldehid dan xilena daripada udara yang berada di dalam rumah.

2. Pokok Lili Paris

Daun Lily Paris adalah antara tumbuhan dalam rumah yang paling mudah untuk membesar dan tidak perlu kerap untuk menyiram dengan air kerana ianya salah satu tumbuhan yang agak tahan lasak.

3. Dracaena

Tumbuhan Dracaena mempunyai 40 jenis dan sudah tentu anda mempunyai banyak pilihan yang menepati citarasa untuk diletakkan di sudut rumah, namun pemilik haiwan peliharaan harus berhati-hati kerana Dracaena bertoksik untuk anjing dan kucing.

4. Pokok Lidah Jin

Pokok Lidah Jin juga adalah antara tumbuhan dalam rumah yang paling susah untuk ‘mati’ dan pokok ini sesuai hidup di tempat yang kering dan menerima sedikit cahaya matahari.

5. Pakis Boston

Pakis Boston lebih sesuai membersihkan udara daripada lokasi yang sejuk dengan kelembapan tinggi dan cahaya bukan terus.

Walaupun tumbuhan ini mudah untuk tumbuh, tetapi ia perlu kekal lembap.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*