Elak Daripada Rosak & Bau Hapak, Ini 6 Tips Penjagaan Seluar Jeans Yang Mudah

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Tidak dapat dinafikan seluar jeans adalah salah satu pakaian kegemaran terutamanya kepada golongan lelaki kerana ia bukan sahaja selesa, malah sesuai digayakan dengan kemeja atau pun baju T.

Namun, ada sesetangahnya memakai jeans yang sama berminggu-minggu lamanya tanpa dibasuh sehingga mengeluarkan bau hapak!

Kononnya sayang kepada seluar jeans menyebabkan si pemakai jarang untuk menyuci pakaian tersebut.

Jangan risau, kami ada 6 tips penjagaan seluar jeans supaya tidak rosak. Jom kita lihat satu-persatu cara yang sebenarnya nampak sukar tetapi mudah untuk dipratikkan.

1. Terbalikkan Jeans Sebelum Basuh

Jangan main campak dan basuh kerana untuk memastikan warna asal jeans anda tidak mudah pudar, sebelum basuh terbalikkan dahulu kerana dengan cara ini ia boleh mengelakkan warna asalnya terhakis.

Satu lagi, kalau boleh semasa menyidai pastikan jeans dalam posisi terbalik juga kerana boleh mengelakkan ia mengembang.

2. Jangan Rendam Dalam Air Panas

Dari dulu lagi, cara ini adalah tidak benar dan auta semata-mata! Jika seluar anda mempunyai kotoran degil yang melekat, elak merendam seluar dalam air suam atau panas sebaliknya guna air suhu biasa dengan bahan pencuci dalam kuantiti minima.

3. Rendam Jeans Dalam Cuka & Air

Jangan rendam seluar di dalam air dan pencuci pakaian. Biasakan diri anda untk merendam seluar jeans kesayangan anda itu di dalam campuran air dan cuka selama sejam.

Jangan risau dengan baunya kerana ia akan hilang apabila seluar anda kering dan cara itu juga mampu mengekalkan warna jeans anda selain mengekalkan bentuknya daripada mengembang.

4. Pijak Jeans Guna Kaki

Untuk memastikan tiada lagi kekotoran pada seluar, sebaiknya rendam jeans anda sekurang-kurangnya 45 minit sebelum dicuci. Kalau boleh, gunakan kaki untuk memijak jeans yang direndam sebagai cara mengeluarkan kotoran.

5. Bekukan Jeans Dalam Peti Sejuk

Kalau anda jenis malas sangat dan tiada masa untuk mencuci seluar jeans anda, anda boleh masukkan seluar anda dalam peti sejuk beku selama beberapa jam sebelum menjemur.

Cara ini dapat menghilangkan bau busuk dan hapak yang melekat pada jeans kesayangan anda.

6. Sidai Dalam Posisi Terbalik

Ini juga penting, semasa menyidai pastikan bahagian atas jeans berada dibahagian bawah dan hujung kaki seluar dia bahagian atas bagi mengelakkan jeans anda mengembang.

Sebaik-baiknya jemur jeans anda di bawah sinaran matahari dan elak untuk menggunakan mesin pengering kerana ia mempercepatkan proses seluar jeans anda untuk rosak!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*