Cara Mudah Dapatkan & Daftar ID i-Akaun KWSP EPF Online

Seperti rakyat Malaysia sedia maklum, kerajaan telah mengumumkan semua ahli KWSP (EPF) boleh mengeluarkan wang WPF mereka susulan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disebabkan virus Covid-19 melanda dunia.

Untuk memudahkan semua ahli KWSP mengeluarkan duit mereka, KWSP telah memperkenalkan satu aplikasi mudah iaitu i-Akaun dan membolehkan anda memproses pengeluaran wang tersebut tanpa perlu berbaris panjang di kaunter KWSP.

i-Akaun merupakan sistem aplikasi online bagi akaun KWSP (EPF) Ahli atau Majikan. Dengan memiliki akaun ini, Ahli atau Majikan boleh menggunakan perkhidmatan online yang sediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ahli KWSP disarankan memiliki i-Akaun kerana ia memudahkan ahli menyertai sebarang tinjauan maklum balas dan kaji selidik mengenai setiap inisiatif penambahbaikan skim yang diperkenalkan oleh KWSP serta mendapatkan pelbagai lagi kemudahan lain yang disediakan dalam perkhidmatan i-Akaun.

Dengan menggunakan i-Akaun KWSP, ahli mahupun majikan tidak perlu lagi untuk hadir ke kaunter cawangan pejabat KWSP untuk melakukan urusan-urusan tertentu.

Sebaliknya, mereka boleh mengakses i-Akaun di mana sahaja tempat yang memiliki capaian internet di peranti telefon bimbit atau di komputer.

Di bawah adalah cara mudah untuk mendaftar ID i-Akaun KWSP EPF secara online.

Maklumat Terkini Cara Mendaftar i-Akaun Ahli Atau Majikan KWSP EPF
Kelayakan Mendaftar i-Akaun
Ahli Majikan
Ahli KWSP yang mempunyai No. ID Ahli dan nombor KWSP yang sah Majikan yang mempunyai nombor KWSP yang sah
Nombor 1Cara Pendaftaran i-Akaun (Kaunter / Telefon)
Pendaftaran i-Akaun (kaunter / telefon)
Sila ikuti langkah-langkah mudah seperti perkara di bawah untuk mendaftar i-Akaun Ahli ataupun Majikan
Ahli Majikan
1. Ahli boleh mengunjungi mana-mana Kios atau Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun dengan menggunakan ID Ahli. Ahli juga mempunyai pilihan untuk menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 dari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 6.00 petang 1. Wakil majikan yang dilantik untuk menguruskan i-Akaun bagi pihak majikan boleh mengunjungi mana-mana Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun dengan mengisi Borang KWSP 1 atau KWSP 1(i)
2. Layari laman web KWSP dan klik pada Pengaktifan i-Akaun dalam tempoh 30 hari untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut 2. Layari laman web KWSP dan klik pada Pengaktifan i-Akaun dalam tempoh 30 hari untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut.Majikan yang mempunyai nombor KWSP yang sah
Nombor 2Cara Pendaftaran i-Akaun (emel)
Pendaftaran i-Akaun (emel)
Sila ikuti langkah-langkah mudah seperti perkara di bawah untuk mendaftar i-Akaun Ahli ataupun Majikan
Ahli
Ahli boleh melakukan permohonan pendaftaran i-Akaun (Ahli) menerusi emel ke alamat iakaundaftar@epf.gov.my besama dokumen sokongan iaitu:
1. Borang Permohonan i-Akaun (Ahli) menerusi emel; dan
Sila Klik LinkLogo KWSP EPFBorang Daftar i-Akaun KWSP (Ahli) menerusi emel
2. Lampiran Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang; dan
3. Gambar swafoto Ahli KWSP bersama MyKad; dan
– Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (contoh: bil telefon, kontrak pendaftaran telefon, resit bayaran deposit); atau
– Tangkapan skrin penyata yang tertera nama Ahli dan nombor telefon bimbit bagi pengguna prabayar (prepaid)
4. Salinan buku / Penyata Akaun Bank Simpanan / Semasa yang aktif milik Ahli 
5. Sekiranya pengesahan berjaya, ahli akan:
– Menerima ID pengguna dan Kata Laluan sementara menerusi SMS bagi pengaktifan i-Akaun (Ahli)
– Langkah seterusnya ahli perlulah mengemaskini kata laluan baharu
Laman Web Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Pautan
Sila Klik LinkLogo KWSP EPFhttp://www.kwsp.gov.my
Nota
Butiran
Sekiranya anda telah mendaftar tetapi belum mengaktifkan i-Akaun anda,Sila Klik LinkPengaktifan i-Akaun (Ahli) atau Pengaktifan i-Akaun (Majikan)
Sekiranya anda merupakan pengguna sedia ada, Sila Klik LinkLogin Ke i-Akaun
Pengaktifan TAC
Butiran Pengaktifan TAC
TAC (Transaction Authorisation Code) akan digunakan untuk transaksi tertentu di i-Akaun bagi menjamin keselamatan data
Contohnya ialah apabila ahli atau majikan terlupa ID Pengguna atau Kata Laluan mereka. TAC akan dihantar melalui sistem pesanan ringkas (SMS) apabila ahli atau majikan menggunakan fungsi Lupa ID Pengguna/Kata Laluan
Cara-cara untuk mengaktifkan TAC adalah seperti berikut:
Ahli Majikan
Ahli boleh mendaftar nombor telefon bimbit di mana-mana kios atau kaunter KWSP atau dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 dari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 6.00 petan Majikan boleh mendaftar nombor telefon bimbit melalui i-Akaun atau di mana-mana kaunter KWSP
Syarat-syarat untuk pengaktifan TAC:

1. Ahli KWSP telah mendaftar i-Akaun

2. Ahli yang pernah mendaftar nombor telefon bimbit untuk tujuan TAC boleh membuat pengemaskinian di mana-mana kios atau kaunter KWSP atau dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000

Syarat-syarat untuk pengaktifan TAC:

1. Majikan telah mendaftar i-Akaun

2. Majikan yang pernah mendaftar nombor telefon bimbit untuk tujuan TAC boleh membuat pengemaskinian melalui i-Akaun atau di mana-mana kaunter KWSP dengan mengisi Borang KWSP 1(i)

Panduan Pengaktifan i-Akaun KWSP / EPF
Pautan Lampiran
Sila Klik LinkPDF LampiranPanduan Dan Cara Pengaktifan i-Akaun
Kemudahan i- Akaun KWSP Bagi Ahli
Butiran
Memohon pengeluaran i-Lestari (Akaun 2 KWSP)
Memohon e-Pengeluaran
Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
Menyemak log aktiviti i-Akaun
Menyemak aktiviti transaksi KWSP terkini

Sumber : www.mysumber.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*