Permainan Beyblade Meriahkan Suasana Hari Raya, Budak-budak Lupakan Gajet

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Mungkin ramai yang lega dengan kewujudan permaninan ala gasing iaitu beyblade menjadi fenomena dalam kalangan kanak-kanak sehinggakan banyak pertandingan beyblade telah dianjurkan terutamanya di peringkat komuniti setempat.

Kewujudan permainan beyblade yang diadaptasi daripada siri animasi Jepun itu juga dilihat sebagai satu perubahan positif di mana kanak-kanak sudah mula kurang bermain permainan di telefon pintar.

Begitu juga pada Hari Raya kali ini, rata-rata kanak-kanak membawa pulang beyblade ke rumah datuk dan nenek mereka untuk bermain bersama ahli keluarga yang lain.

Lebih meriah ia turut dimainkan bersama dengan pak cik dan mak cik sehingga kecoh satu rumah.

Tak pasal-pasal talam, kuali dan juga besen nenek jadi mangsa akibat tak cukup gelanggang untuk bermain.

Ada juga keluarga yang menganjurkan permainan itu pada hari raya. Malah hadiah yang disediakan juga bukan biasa-biasa. Siap cukup dengan medal dan hamper sebagai ganjarannya.

Malah ada juga dalam kalangan komuniti di kampung atau taman perumahan turut sama menganjurkan pertandingan itu bagi mengeratkan silaturahim selain dapat berhari raya dalam suasana yang cukup harmoni.

Diharapkan ada lagi permainan seumpama ini diperkenalkan dalam kalangan kanak-kanak pada zaman ini kerana kita bimbang kebergantungan kepada permainan elektronik akan menyebabkan kanak-kanak terasing daripada dunia nyata yang lebih banyak keseronokan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*