Semburit & Bersemburit, Perkataan Baharu Yang Dipelajari Baru-baru Ini

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Semburit dan bersemburit adalah perkataan yang sangat trending masa sekarang apabila banyak akhbar tempatan menggunakan istilah tersebut.

Secara tidak langsung, ramai rakyat Malaysia mendakwa mereka baru sahaja mendengar dan mengetahui bahawa perkatan semburit itu wujud sudah lama.

Pelbagai reaksi diberi oleh kalangan warga netizen di laman sosial, ada yang teruja, ada yang mencarut dan ada yang ketawa terbahak-bahak, perkataan semburit mencuit hati kata mereka.

Mengikut carian umum di portal Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), maksud semburit ialah persetubuhan sesama lelaki; bersemburit bersetubuh sesama lelaki. (diambil dari Kamus Dewan Edisi Keempat)

Semburit membawa maksud persetubuhan sesama lelaki dan bersemburit bermaksud bersetubuh sesama lelaki. Sebenarnya tiada beza persetubahan dan bersetubuh, ianya lebih kepada untuk sesuatu penulisan.

Huh, bagaimana pula dengan perkataan liwat? Adakah perkataan liwat atau meliwat tidak relevan lagi? Tidak, perkataan liwat masih relevan sekiranya pasangan (lelaki dengan lelaki) tidak bersetuju atau kata lain dipaksa dan memaksa melakukan hubungan seks di luar tabii itu.

Walaupun perkataan semburit dan bersemburit agak lucah didengar, namun itulah hakikat hari ini, bahawa perkataan tersebut benar-benar wujud dan sangat kerap didengar semenjak akhir-akhir ini.

Perkataan semburit dan bersemburit ini mula popular di kalangan warga internet selepas tersebarnya video seks mirip Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama menteri kanan Kabinet Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Liputan mengenai isu video lucah Azmin Ali dan Haziq Aziz banyak dibuat liputan oleh akhbar tempatan dan laman media sosial serta dalam artikel yang pasti ada terselit perkataan yang viral itu, semburit dan bersemburit.

Jadi, jika budak sekolah atau anak anda yang bertanyakan maksud semburit atau bersemburit, janganlah anda menengking atau memarahi mereka pula ya!

Adakah lepas ini wujud pula perkataan ‘berkunyit’ atau ‘mengunyit’? Heh! Harap-harap tiada kerana ia boleh merosakkan bahasa Malaysia dan kepala otak anda!

1 Comment

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Haziq Aziz Dibebaskan, Mahu Bersendirian & Enggan Bertemu Media - TEHPANAS
  2. Cyber Security Malaysia (CSM) Dedah Identiti Lelaki Dalam Video Semburit Haziq Kepada Polis - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*