10 Tabiat Menunjukkan Anda Seorang Ketagih & Hamba Telefon Bimbit

Tidak dinafikan sekarang telefon bimbit sudah menjadi kepentingan yang sebelum ini sekadar keperluan untuk anda.

Tetapi, tahukah anda secara tidak langsung anda akan ketagih terhadap telefon bimbit jika mengamalkan tabiat antara yang kami senaraikan di bawah?

1. Tidak Pernah Berenggang Dari Telefon

Jika anda tidak pernah berenggan dengan telefon bimbit anda walaupun kurang daripada 15 minit, anda tergolong dalam individu yang ketagih telefon bimbit.

Sudah pasti golongan ini sentiasa membawa telefon ke mana sahaja anda berada, walaupun di dalam tandas.

2. Benda Pertama dan Terakhir Yang Dicari

Bangun tidur anda terus mencari telefon bimbit dan menyemak mesej ataupun laman sosial anda. Ya, anda salah seorang daripada ‘hamba’ telefon bimbit.

Bukan sahaja bangun tidur, malah sebelum tidur anda akan membelek terlebih dahulu telefon bimbit anda sebelum memejamkan mata untuk tidur.

3. Menggunakan Telefon Pada Masa Yang Tidak Sesuai

Jika anda membawa dan menggunakan handphone ke tempat beribadat, sebaiknya anda perlu insaf kerana anda perlu luangkan masa untuk beribadat sebentar.

Tidak kurang juga yang menggunakan telefon semasa menghadiri majlis dan taklimat penting mahu pun mesyuarat.

4. Menggunakan Telefon Dengan Risiko Yang Bahaya

Anda seorang yang gemar menggunakan telefon ketika sedang memandu atau melintas jalan? Ianya sangat mengundang bahaya.

Bukan sekadar menjawab panggilan, malah ada juga yang sempat menaip mesej ketika memandu.

5. Guna Telefon Untuk Kerja Yang Mudah

Kalau mengira kiraan yang mudah menggunakan aplikasi kalkulator pada telefon bimbit juga, itu tandanya anda sangat bergantung dengan telefon bimbit.

Malah, kerja yang mudah seperti menyemak ejaan pun anda hendak menggunakan telefon seperti anda tidak suka lagi menggunakan sel otak untuk berfikir.

6. Mengabaikan Masa Untuk Bersama Keluarga

Terlalu sibuk dengan telefon bimbit sehinggakan masa yang sepatutnya diluangkan bersama keluarga diabaikan.

Masa bersama keluarga, anda pula sibuk dengan notifikasi pada handphone anda dan lebih tertarik dengan status kawan-kawan di Facebook atau Instagram.

7. Guna Telefon Ketika Makan

Telefon bimbit diletakkan di sebelah pinggan ketika makan dan ada masanya anda menyuap makanan sambil fokus dengan perbualan WhatApp pada telefon.

Manakala perbualan dengan ahli keluarga di meja makan terus diabaikan.

8. Susah Hati Tanpa Telefon

Apabila telefon bimbit tiada di sisi anda, anda akan menjadi susah hati dan anda ingin dapatkan semula handphone anda itu serta merta.

Ini juga adalah tanda-tanda anda seorang ketagih telefon bimbit yang kronik dan menghidap penyakit nomophobia.

9. Membalas Mesej Serta Merta

Sebaik sahaja mesej masuk, anda terus membalas mesej tersebut walaupun mesej tersebut tidak penting.

Anda juga suka menyampuk perbualan dalam group WhatsApp walaupun perbualan terbabit tiada kaitan dengan anda.

10. Lebih Gemar Pegang Telefon

Anda lebih suka memegang telefon bimbit daripada memasukkannya ke dalam poket atau beg dan anda sentiasa akses segera kepada telefon bimbit sekiranya ada panggilan atau mesej.

Bukan itu sahaja, anda juga selalu ‘on’ dan ‘off’ skrin tanpa sebarang sebab, maka anda haruslah meninggalkan tabiat tersebut kerana anda salah seorang yang taksub dengan telefon bimbit.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*