3 Khasiat & Kelebihan Kunyit Untuk Mencantikkan Muka Anda

Mesti ramai yang terkedu apabila mengetahui tumbuhan kunyit yang mudah didapati dengan harga yang sangat murah dapat mencantikkan wajah anda.

Okay, kami kongsikan 3 tips dan khasiat serta kelebihan kunyit untuk kecantikan kulit yang perlu anda ketahui.

1. Merawat Masalah Jerawat

Kunyit sangat berkesan dalam merawat masalah jerawat kerana kunyit mempunyai ciri antiseptik dan antibakteria yang boleh mengatasi jerawat. Ianya juga mampu membuatkan kulit wajah anda menjadi lebih mulus dan berseri jika diamalkan secara rutin.

Jadikan kunyit sebagai masker muka anda dengan mencampurkan dengan perahan limau bersama serbuk cendana.

Sapukan masker kunyit itu ke seluruh wajah dengan rata dan biarkan selama 10 minit. Jika sudah kering, anda boleh bilas dengan menggunakan air suam sehingga hilang masker di muka anda.

Kaedah yang lebih mudah anda boleh menggunakan kunyit dengan air kosong sahaja. Tonyohkan ke bahagian wajah yang ditumbuhi jerawat dan biarkan selama 15 minit sebelum membilasnya dengan air suam sehingga bersih.

2. Masalah Kulit Berminyak

Kunyit juga boleh membantu masalah kulit berminyak kerana kunyit mampu memproduksi sebum dan sekiranya anda menginginkan wajah bebas dari masalah minyak anda boleh menggunakan kaedah masker kunyit.

Caranya sangat mudah dengan mencampurkan serbuk kunyit bersama satu sudu serbuk cendana dan tiga sudu jus limau. Kemudian, sapukan pada bahagian wajah sehingga rata dan biarkan selama 10 hingga 15 minit sehingga kering. Selepas itu, anda boleh bilaskan dengan menggunakan air suam.

3. Mengurangkan Kesan Kedutan

Kunyit juga mampu mengurangkan kesan kedutan di bahagian mata dengan hanya perlukan bahan seperti tepung beras, serbuk kunyit, susu tepung dan jus perahan tomato.

Campurkan semua bahan dan jadikan masker, sapu ke wajah anda sehingga rata dan biarkan selama 30 minit. Sebaik saja selesai dan kering, anda boleh bilaskan dengan menggunakan air suam.

Selamat mencuba dengan khasiat kunyit ini dan akhir kata dari kami, jangan ‘mengunyit’ ya! Ahaks!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*