5 Cara Hilangkan Resdung Guna Bawang Putih Yang Cepat & Berkesan

Mungkin ada antara anda yang tidak tahu bahawa bawang putih boleh menjadi sebagai ubat resdung. Ini disebabkan kandungan sejenis bahan kimia di dalam bawang putih iaitu allicin menjadikan ianya sangat berkhasiat dan bernilai untuk hilangkan resdung.

Bagaimana bawang putih boleh menjadi ubat resdung? Okay, di sini kami kongsikan lima cara untuk menjadikan bawang putih menjadi pengganti ubat resdung yang murah dan mudah didapati.

1. Kunyah Bawang Putih

Jika anda mengunyah 2 hingag 4 ulas bawang putih mentah setiap hari selama 10 hari dapat memberi kesan yang positif pada tahap resdung anda.

Ia dipercayai dapat menghindarkan dari alahan dan jangkitan sinus, tapi sebelum mengunyah bawang putih tu, alas dahulu perut anda okay!

2. Hidu Wap Bawang Putih

Tumbuk 3 hingga 5 ulas bawang putih mentah dan masukkan ke dalam besen berisi air panas dan letakkan muka anda di atas besen tersebut.

Jangan lupa untuk menutup kepala dengan tuala bagi memastikan anda dapat menghidu wap tersebut sebanyak yang boleh.

Jika anda mahu mencuba cara lain, anda juga boleh merebus bawang putih yang telah ditumbuk dan gunakan air rebusan tersebut serta ikut langkah seperti di atas juga.

Wap bawang putih amat berkesan dan terbukti untuk mencairkan lendir dan melegakan hidung anda yang tersekat oleh lendir resdung itu.

3. Hidu Pes Bawang Putih

Ambil 4 hingga 6 ulas bawang putih mentah dan rendam dalam setengah cawan air selama lebih kurang 8-10 minit.

Lepas tu, tumbuk bawang putih tersebut sehingga menjadi pes, seterusnya hidu pes bawang putih tersebut selama mana mengikut keselesaan anda.

4. Bawang Putih, Minyak Zaitun & Madu

Tumbuk 3 hingga 5 ulas bawang putih mentah dan rehatkan selama 15 minit, tujuannya untuk mengaktifkan enzim allicin.

Selepas 15 minit, campurkan sedikit minyak zaitun dan madu ke dalamnya, kacau sehingga rata dan jadikan campuran tersebut sebagai pengganti kaya untuk disapu atas roti. Lepas tu bakar dan nikmatinya. Ermm…

5. Bawang Putih, Cengkih & Minyak Zaitun

Masukkan secawan minyak zaitun ke dalam kuali. Tumbuk bawang putih mentah dalam 6 hingga 7 ulas dan campurkan ke dalam kuali tersebut.

Kemudian panaskan campuran minyak zaitun dan bawang putih tersebut dengan api yang sederhana. Lepas tu, masukkan cengkih dan tumiskannya sehingga bertukar menjadi warna perang.

Biarkan minyak sejuk dan sapu di bahagian hidung, dahi, leher dan dada untuk kurangkan masalah resdung.

Selamat mencuba!

Incoming search terms:

  • https://www hoimedia net/5-cara-hilangkan-resdung-guna-bawang-putih/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*