Lakukan 5 Senaman Ini Untuk Meningkatkan Ketinggian Anda

Zaman sekarang banyak terdapat ubat atau supplement yang dijual di internet untuk meninggkatkan ketinggian anda bukan?

Kami percaya anda bukanlah golongan yang bengap untuk percaya dan membeli serta memakan supplement yang mengarut itu kerana ada cara yang lebih mudah untuk meningkatkan ketinggian anda.

Walaupun anda sudah berusia lebih dari 25 tahun, anda boleh meingkatkan ketinggian sekitar 1.5 cm untuk tempoh seminggu.

Ini sudah dibuktikan oleh seorang wanita bernama Alice Robinson yang telah mencubanya dan berjaya. Okay, ini adalah lima senaman yang telah diamalkan untuk meningkatkan ketinggian anda.

1. Berbasikal

Berbasikal adalah salah satu sukan atau pun senaman yang murah dan menarik, secara tidak langsung boleh meningkatkan ketinggian anda.

Malah, anda juga akan berasa sihat kerana peluh anda akan mencurah keluar hasil daripada senaman berbasikal ini.

2. Bergantung & Bergayut

Bergantung atau  bergayut menaikkan tinggi badan anda dan itu bukan mitos kerana ianya adalah fakta. Ianya juga dapat menguatkan otot belakang dan perut.

3. Senaman Lilin

Senaman lilin sangat mudah dilakukan dan semasa anda melakukan senaman lilin, cuba angkat kaki dan pinggul anda ke atas untuk membentuk garis lurus.

4. Lompat Tali

Senaman melompat tali juga antara senaman yang sangat mudah dilakukan. Jika anda cuba lakukan skipping secara rutin dan tetapkan masa, ianya akan mendatangkan kesan yang lebih tinggi kepada ketinggian anda.

5. Berenang

Berenang adalah antara sukan atau senaman yang paling berkesan untuk meningkatkan ketinggian. Namun, anda harus kerap berenang dan jangan hari ini berenang, lepas tu tahun hadapan baru nak berenang semula pulak!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*