6 Jenis Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia

Pasti ramai di antara anda membela kucing dan mungkin ada yang mempunyai kucing yang bernilai ratusan atau pun ribuan ringgit.

Di sini kami kongsikan 6 jenis baka kucing yang paling mahal di dunia, jom kita lihat!

1. Ashera

Kucing Ashera dikenali sebagai kucing kacukan Afrika dan kucing harimau Asia dan ianya paling jarang ada di dunia kerana kecerdasan dan kesetiaannya.

Kucing ini dikacukan oleh syarikat Lifestyle Pets yang memberi tumpuan kepada haiwan peliharaan eksklusif.

Harga kucing Ashera sahaja mencapai $AS 20 ribu sehingga $AS 100 ribu atau sekitar RM 81 ribu sehingga RM 410 ribu.

2. Savannah

Kucing Savannah juga berasal dari kacukan Afrika dan ianya hasil kacukan kucing domestik dan kucing serval di Afrika.

Kucing Savannah adalah salah satu baka kucing termahal dengan saiz yang terbesar di dunia.

Ia sangat aktif menjadikan kucing ini memerlukan ruang yang luas dan harga kucing Savannah mencecah $AS 15 ribu sehingga $AS 35 ribu atau sekitar RM61 ribu hingga RM144 ribu.

3. Bengal

Kucing Bengal antara yang popular kerana corak bulu seakan harimau dengan corak-corak yang berwarna dan bergaris-garis.

Bengal dikacukan oleh saintis bernama Dr. Centerwall dari kucing American Short Hair dan kucing Leopard Asia.

Bengal baru boleh dijadikan haiwan peliharaan selepas tiga generasi dan harganya mencapai $AS 1000 hingga $ AS 25 ribu USD atau sekitar RM 4 ribu hingga RM102 ribu.

4. Parsi

Kucing Parsi menjadi salah satu kucing yang paling popular di kalangan pencinta kucing kerana bulu tebal dan wajah yang menggemaskan dan dtemui pertama kali pada tahun 1871 dan diiktiraf secara rasmi pada tahun 1890.

Kucing Parsi sendiri mempunyai lebih banyak baka seperti Short Hair Persian, Chinchilla dan Himalaya. dan berharga sekitar $AS 1000 – 6000 atau RM 4000 sehingga RM24 ribu.

5. Peterbald

Baka Peterbald adalah baka kucing termahal baru yang ditemui pada tahun 1994 di St. Petesburg, Rusia. Peterbald adalah kacukan antara kucing Sphynx dan kucing Short Hair.

Kucing yang tidak mempunyai bulu ini menyebabkan ianya mesti dirawat secara khusus. Jika anda berniat untuk mendapatkan kucing ini, ianya mencapai harga sekitar $AS 1000 sehingga 5000 atau sekitar RM 4000 sehingga RM20 ribu.

6. Sphynx

Sebelum ini, kucing Sphynx pernah dipanggil Canadian Hairless dan kucing ini mempunyai bulu yang sangat pendek yang tidak jelas tidak kelihatan.

Sphynx adalah rekaan genetik. Nama Sphynx sendiri diambil dari nama patung Sphinx di Mesir dan ia berharga Sphynx adalah sekitar $AS 1,300 sehingga 1,600 atau sekitar RM 5,500 – RM6,500.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*