7 Tips Cara Mudah Buang Lemak Di Paha

Adakah anda tergolong dalam kalangan wanita yang mempunyai masalah paha besar sehinggakan malu mahu memakai seluar kerana menampakkan bentuk paha yang besar itu?

Jangan risau, kami ada 7 cara mudah untuk mengecilkan paha anda supaya seimbang dengan tubuh badan anda.

1. Minum Air Kosong

Air putih banyak kebaikkannya, bukan sahaja untuk elakkan dari dehidrasi tetapi membantu tubuh membuang racun dan memproses pembakaran.

2. Makan Makanan Rendah Kalori

Jangan makan makanan berkalori tinggi dan berlemak, cuba gantikan dengan sayur-sayuran, buah-buahan, yogurt dan makanan kaya serat.

3. Pengambilan Nutrisi

Pengambilan nutrisi seperti vitamin D, protein, dan asid omega-3 sangat penting. Untuk permulaam memang susah nak biasakan diri makan makanan sihat, tetapi anda akan rasai perbezaannya nanti.

4. Tetapkan Masa Tidur Yang Cukup

Tidur membantu membakar lemak badan kerana tubuh anda akan membakar 45-115 kalori sejam sewaktu tidur, bergantung pada berat badan. Tapi jangan makan sebelum tidur sebab itu punca utama peha anda besar!

5. Jangan Tertekan Atau Stress

Lemak yang terkumpul di paha akan sukar dibakar walaupun anda kerap bersukan jika anda sentiasa dalam keadaan tertekan.

6. Jangan Kerja Berlebihan

Kerja berlebihan hingga biasa berjaga lewat malam sangat tidak baik untuk kesihatan. Ia buatkan berat badan naik dan sukar untuk mengecilkan paha.

7. Lakukan Gerakan Paha

Latihan seperti skipping, berlari, naik tangga, squats dan berbasikal sangat membantu membakar lemak pada paha. Tidak perlu lama, hanya lakukan aktiviti tersebut paling kurang pun 30 minit sehari.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*