Guna Lendir Siput Babi Untuk Terapi Kulit Muka

Terapi lendir siput babi ini masih baharu di Malaysia, namun ianya sudah lama dan sangat popular di negara Thailand, Korea dan Jepun.

Siput babi atau nama saintifiknya, helix aspersa müller glycoconjugates, mempunyai kebaikan semula jadi dan kandungan antioksidan tinggi yang mampu menghaluskan serta mengurangkan kedutan pada kulit wajah.

Lendir dan sisa kumuhan yang dikeluarkan siput tersebut turut mengandungi asid glaikolik dan elastin. Bukan itu sahaja, anatomi haiwan itu sendiri mempunyai 14,000 gigi mikroskopik dapat memberikan kesan terapeutik apabila dibiarkan menjalar dan ‘mengurut’ kulit wajah manusia.

Tetapi, kesan rawatan lendir siput babi ini bukanlah cara mudah dan cepat yang anda sangkakan kerana anda perlu melakukan beberapa siri rawatan facial tersebut di salon beberapa kali.

Rawatan itu juga memerlukan penggunaan produk yang mempunyai enzim siput babi itu sebelum kesan positif dapat dilihat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*