Jauhi Handphone Anda Dari 3 Tempat Larangan Ini

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Mungkin anda tidak tahu terdapat tiga tempat yang harus anda jauhi atau ‘haramkan’ dari meletak handphone yang sudah seperti nyawa anda.

Menurut Pengarah Kaji Selidik Alam Sekitar dan Toksikologi di Akademi Sains Kebangsaan Amerika Syarikat, Devra Lee Davis, radiasi alat elektronik atau khususnya gajet, salah satu menjadi punca kepada banyak masalah kesihatan.

1. Bawah Bantal

Jangan letak handphone di bawah bantal semasa tidur! Tabiat ini menyebabkan suhu meningkat dan sekaligus meningkatkan risiko kebakaran.

Sebab itulah kita selalu dengar kes handphone meletup dan kebakaran berpunca daripada handphone yang diletakkan di bawah bantal. Tak pernah dengar? Baiklah, sila pindah ke planet Marikh!

2. Tandas / Bilik Mandi

Yuckssss!!! Bakteria akan melekat pada handphone kesayangan anda selepas anda membawa masuk dan membelek di dalam bilik air atau tandas.

Lebih-lebih lagi yang suka bermain permainan di dalam handphone semasa buang air besar. Buang je lah tahi tu, tak payah belek handphone. Kan lebih baik kalau fokus dengan apa yang kita buang tu kan?

3. Poket Seluar

Ahli terapi Lilly Friedman mendedahkan satu rahsia mengenai handphone yang disimpan di dalam poket seluar.

Ianya menyebabkan radiasi telefon bimbit akan meningkat berkali ganda dan menyebabkan tumor serta menurunkan kesuburan seorang lelaki!

Kami percaya, selepas anda membaca artikel ini, anda buat tak tahu dan masih mengamalkan antara tiga di atas. Ahaks!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*