Jika Anda Malas Flos Gigi, Risiko Diserang Sakit Jantung, Radang Paru-paru & Alzheimer Sangat Tinggi

Tahukah anda flos gigi adalah penting untuk anda yang bergelar manusia bergigi? Walaupun ia nampak tidak penting, ia boleh menyebabkan mendatangkan masalah kesihatan yang serius terhadap tubuh badan anda.

Tiga antara penyakit akan timbul sekiranya anda malas untuk flos gigi anda! Serangan sakit jantung, radang paru-paru dan penyakit Alzheimer, risiko bakal menanti dan melambai anda.

Mungkin anda tidak perasan, tidak flos gigi selama beberapa hari membuatkan nafas seseorang berbau dan mengalami gigi sensitif, memetik Best Life.

Menurut pakar pergigian Dr Greg Grobmyer dari Amerika Syarikat, memberus gigi hanya membersihkan bahagian atas dan sisi gigi, tetapi ia tidak dapat melakukan apa-apa terhadap ruang antara gigi.

“Flos adalah satu-satunya cara untuk membuang bakteria dan makanan di ruang yang sempit.

“Bakteria dan makanan yang tertinggal di kawasan ini boleh menyebabkan nafas berbau, gigi reput, kehilangan tulang dan keradangan gusi,” – Dr Greg Grobmyer.

Apabila plak terbentuk di gigi dan gusi, toksin akan dibebaskan dan mencetuskan reaksi imun daripada tubuh dan ianya akan meningkatkan aliran darah dan sel di kawasan yang mengalami keradangan gusi.

Inilah punca mengapa gusi boleh berdarah ketika digosok atau flos selepas bakteria terkumpul.

Penyakit gusi juga boleh beralih ke salur darah dan menyebabkan peningkatan dalam protein C-reaktif, sejenis penanda untuk keradangan dalam salur darah.

Bilangan protein C-reaktif menjadi cara paling berkesan untuk doktor meramal penyakit jantung dan protein yang tinggi menunjukkan terdapat keradangan dalam salur darah seseorang itu.

Manakala bakteria mulut pula boleh masuk ke dalam salur darah menerusi tisu yang teransang dan berakhir di injap jantung, sekali gus membawa kepada serangan jantung, strok dan pelbagai lagi.


Tisu otak pesakit Alzheimer mengandungi patogen yang berkait dengan penyakit gusi. – Gambar dari Cooperativa

Bagi mereka yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah, bakteria mulut mampu tersebar dengan mudah dan bakteria mulut juga boleh disedut atau dihembus ke paru-paru dan membawa kepada radang paru-paru atau pneumonia.

Beberapa kajian terkini, penyakit gusi dikaitkan dengan beberapa kes Alzheimer dan satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Science Advances pada tahun ini, ujian ke atas tisu otak pesakit Alzheimer menemukan patogen utama porphyromonas gingivalis yang berkait dengan penyakit gusi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*