Kajian Membuktikan Orang Bujang & Yang Dah Kahwin Tiada Anak Lebih Bahagia

Ramai yang masih bujang dan belum berkahwin runsing disebabkan usia semakin meningkat saban hari.

Begitu juga dengan pasangan yang sudah berkahwin tetapi belum mempunayi rezeki untuk menimang cahaya mata.

Tetapi, tahukah anda, berdasarkan kajian dibuat oleh professor di London, Paul Dolan, wanita yang tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak adalah kumpulan paling bahagia dalam populasi di dunia.

Selain itu, golongan ini juga berkemungkinan besar dapat hidup lebih lama berbanding dengan mereka yang sudah berkahwin.

“Orang yang belum berkahwin menunjukkan tahap penderitaan yang lebih rendah daripada individu sudah berkahwin.

Individu ini mengambil risiko yang rendah, miliki duit yang lebih banyak, sekali gus mampu hidup lebih lama,” – Paul Dolan.

Sekiranya anda masih bujang ataupun yang sudah berkahwin belum mempunyai anak, jangan risau dan anda boleh tersenyum dengan kajian ini okay!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*