Lindungi Penyakit Otak Antara 8 Khasiat Kunyit Yang Jarang Diketahui

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Tahukah anda kunyit dikenali sebagai ‘saffron India’? Ini kerana warnanya yang lebih kurang sama dengan saffron dan juga sifat kunyit yang boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Sebenarnya khasiat kunyit terlalu banyak, tetapi kami akan kongsikan 8 khasiat kunyit yang sangat jarang diketahui umum.

1. Mengurangkan Bengkak

Ya, kunyit mampu melegakan kesakitan disebabkan bengkak. Jangan terkejut jika kunyit diberikan kepada pesakit yang baru selesai pembedahan. Kunyit terbukti mampu mengurangkan bengkak yang disebabkan oleh kesakitan.

2. Melawan Tanda Tanda Awal Penuaan

Jika anda bimbang akan muncul tanda-tanda penuaan di badan anda, kunyit boleh membantu anda kerana ia mempunyai anti oksiden yang hebat. Kunyit boleh membantu untuk memperlahankan pembentukan ultra violet (UV) dan lain lain yang boleh mendatangkan masalah kulit.

Caranya mudah sahaja, hanya menambah sedikit kunyit dalam diet harian anda, anda masih boleh kelihatan muda trang tang tang!

3. Membantu Menghalang Pertumbuhan Sel Kanser

Curcumin merupakan salah satu bahan yang ada dalam kunyit boleh menghalang dan mematikan sel sel kanser. Kunyit yang anti karsinogen membuatkan ia sebagai penghalang bagi penyakit kanser ini.

Antara kanser yang bertindak balas kepada curcumin ini adalah kanser payudara, perut, usus dan kulit. Tetapi, sebelum itu, perlulah nasihat doktor jika anda mahu mengambil kunyit dalam menu seharian anda.

4. Melindungi Diri Daripada Penyakit Otak

Sekali lagi curcumin yang banyak terkandung di dalam kunyit boleh menyelamatkan anda. Penyakit seperti Alzheimer, Parkinson dan Huntington lebih mudah diubati dengan kunyit.

Mudah sahaja, hanya letakkan secubit kunyit di dalam menu harian anda!

5. Melawan Jangkitan Bakteria

Komponen antimikro yang terdapat dalam kunyit boleh membantu anda dalam melawan jangkitan bakteria di dalam badan.

Penyakit seperti demam, selsema dan sebagainya boleh diubati dengan mudah! Seperti biasa, hanya tambah sahaja kunyit di dalam makanan anda kerana selain itu, kunyit juga boleh meningkatkan sistem imunisasi badan.

6. Menyokong Sistem Kesuburan Badan

Bagi wanita yang mengalami masalah kesuburan, penyakit seperti PCOS, Endoteriosis, Uterine Fibroids dan lain lain, kunyit boleh mengurangkan penyakit tersebut terutama masalah kesuburan.

Oh ya, kunyit juga boleh melindungi dan menyokong hati anda. Hati sangat penting untuk menghasilkan hormon yang stabil lebih lebih lagi hormon kesuburan seperti Estorgen, testosterone dan sebagainya.

7. Menstabilkan Sistem Hormon

Kunyit juga boleh menyembuhkan dan mengelakkan beberapa penyakit yang serius termasuklah penyakit autoimmune seperti rheumatoid arthritis, lupus, dan MS.

Harus diingat, perlu merujuk kepada pakar dahulu sebelum membuat keputusan. Sekiranya tiada apa apa kesan sampingan, anda bolehlah mengamalkan kunyit dalam makanan seharian anda.

8. Membantu Untuk Menurunkan Berat Badan

Pssttt… ini antara khasiat kunyit yang disukai oleh ramai indivdiu kerana curcumin yang terdapat dalam kunyit juga boleh menyekat pengumpulan lemak seumpama anda memakan pil pelangsingan badan.

Secara tidak langsung, ini boleh membantu anda dalam menurunkan dan mengawal berat badan anda.

Hanya letakkan secubit kunyit di dalam makanan anda setiap hari dan nescaya anda akan mendapatkan berat badan yang anda idamkan selama ini!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*