5 Fakta Menarik Mengenai Blackpink Membuat Anda Terngaga

Sebut sahaja Blackpink, sudah pasti ramai yang mengetahui kumpulan K-Pop yang boleh dikatakan paling popular dan menjadi perhatian dalam kalangan generasi muda sekarang.

Malah, kanak-kanak yang berusia 2 tahun pun sudah pandai mengikut lagu popular mereka ‘Ddu-Du Ddu-Du’ dan lagu baharu mereka iaitu ‘Kill This Love’.

Blackpink dianggotai oleh Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose telah membuat kemunculan pertama pada 8 Ogos 2016 menerusi album single mereka iaitu Square One yang dilancarkan YG Entertainement.

Namun, ada fakta yang peminat tegar Blackpink sendiri pun tidak tahu mengenainya. Di sini, kami kongsikan 5 fakta menarik mengenai kumpulan K-Pop ini!

1. Dua Anggota Blackpink Bukan Berasal Dari Korea Selatan

Rose sebenarnya dilahirkan di New Zealand dan dibesarkan di Australia manakala Lisa pula berasal dari negara Thailand. Terkejut?

2. Fasih Berbahasa Inggeris

Jennie dan Lisa antara ahli yang fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Ini kerana Jennie pernah bersekolah di New Zealand selama lima tahun.

Manakala Lisa pula, ayahnya yang juga berasal daripada Switzerland menjadikan dia mudah berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

3. Sesi Latihan Yang Agak Lama

Sebelum untuk menjadi idola K-Pop, anggota Blacpink memerlukan waktu latihan selama empat hingga enam tahun sebelum debut.

Jennie anggota paling lama yang menjalani idol latihan dan diikuti pula Lisa, Jisoo dan Rose.

Mereka bukan sahaja dilatih secara vokal, malah menari, berlakon dan gaya persembahan hingga menjadikan penampilan mereka boleh dikatakan sudah sempurna.

4. Rancangan Realiti

Blackpink House merupakan rancangan realiti mereka yang mempunyai 12 episod pada tahun lalu dengan menampilkan percutian mereka di rumah Pink Princess sempena sambutan ulang tahun Blackpink.

5. Satu-satunya Kumpulan Wanita Dari YG Entertaiment

Syarikat YG Entertaiment antara agensi K-Pop terbesar di Korea Selatan dan ramai selebriti popular dilahirkam agensi tersebut antaranya 2NE1 yang memulakan debut mereka di bawah agensi itu pada 2009 namun dibubarkan pada 2016.

Kemunculan Blackpink pada Ogos 2016 menjadikan mereka satu-satunya kumpulan wanita di bawah pengurusan YG Entertainment.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*