Muka Dipenuhi Jerawat, Telefon Bimbit Salah Satu Punca

Tahukah anda, kedudukan jerawat yang tumbuh di kawasan tertentu pada muka anda adalah berpunca daripada pelbagai sumber yang sesetengahnya nampak remeh?

BACA : 3 Khasiat & Kelebihan Kunyit Untuk Mencantikkan Muka Anda

Pakar bedah kosmetik yang berpangkalan di London, England, Dr Yannis Alexandrides mendedahkan bagaimana jerawat yang tumbuh di muka dibahagikan kepada beberapa zon, memetik Daily Maily UK.

Dr Yannis menjelaskan jerawat yang sering tumbuh di bahagian kening, pipi dan hidung adalah disebabkan penghasilan minyak yang berlebihan dan ianya terbentuk disebabkan oleh peluh berlebihan atau kesan penggunaan produk penggayaan rambut atau diet pemakanan yang tidak seimbang.

Sekiranya anda mengalami masalah jerawat di bahagian bawah pipi, rahang dan dagu pula, ia mungkin disebabkan oleh hormon yang tidak seimbang atau penggunaan telefon bimbit.

Walaupun telefon bimbit kelihatan bersih, tetapi ia mengandungi bakteria yang boleh merosakkan kulit.

Bagaimana cara untuk menghindari jerawat yang berpunca daripada telefon bimbit? Mudah saja, anda perlulah mencuci muka anda lebih dari sekali sehari bagi memastikan wajah anda sentiasa bersih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*